Pages

Tuesday 12 February 2013

Peningkatan Ekonomi Tamadun India


  1. Kegiatan perdagangan tamadun India telah mengalami perkembangan yang pesat sejak abad ketiga Sebelum Masihi.
  2. Kegiatan perdagangan yang dijalankan melibatkan perdagangan dengan wilayah luar India.
  3. Pusat-pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga, Kalinga dan Karusa yang memghasilkan senjata, gadingan gajah, emas, berlian dan mutiara.
  4. Hubungan perdagangan dengan negara luar melibatkan hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
  5. Hubungan perdagangan ini dijalankan menerusi pelabuhan Tamralipti, Ghantashala dan  Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di bahagian barat.
  6. Kegaitan ekonomi yang pesat telah mengalakan wujudnya persatuan perdagangan yang dikenali sebagai sresthin di setiap bandar.
  7. Antara persatuan ini termasuklah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya.
  8. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
  9. Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan pelaksanaan undang-undang ini telah diawasi oleh raja.
  10. Mata wang telah digunakan sebagai alat perantaraan jual beli.
  11. Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan dan penggunaan mata wang ini membuktikan bahawa pemerintah dalam tamadun  India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik.
  12. Aktiviti perdagangan telah digalakkan lagi melalui perusahaan pengeluaran tekstil,kain kapas dan sutera.
  13. Terdapat perusahaan membuat sutera di Bengal dan Benares. Perusahaan yang berkaitan dengan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang di India.
  14. Pelbagai jenis cukai telah diperkenalkan terhadap hasil perdagangan sejak zaman Dinasti Maurya lagi dalam bentuk hasil pertanian dan hasil buah-buahan.
  15. Cukai ini bertujuan menyara anggota tentera, para pentadbiran dan raja.
  16. Hubungan perdagangan antara India dan Alam Melayu di Asia Tenggara telah berkembang sejak tahun 100 Masihi lagi.
  17. Semasa Dinasti Gupta hubungan tersebut semakin meningkat.
  18. Perdagangan-perdagangan dari India telah mendapat hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi dari Alam Melayu, sementara tekstil, tembikar, barang kaca, minyak wangi diperoleh dari China.